• Watch the best of local and international TV Channels !

    Astro Arena


    Astro Arena merupakan saluran sukan pertama berbahasa Melayu 24/7 di Malaysia. Saluran ini dapat diikuti menerusi saluran 801 Astro menerusi Pakej Famili bermula 26 Mac 2010. Ia juga merupakan saluran sukan pertama dipancarkan menerusi Astro di bawah Pakej Famili Astro.

    Saluran Astro Arena adalah inisiatif Menteri Belia dan Sukan, Dato' Shabery Cheek bersama-sama Majlis Olimpik Malaysia dan pihak Astro untuk merealisasikan satu saluran sukan untuk perkembangan sukan dalam negara melalui televisyen. Seperti yang diketahui umum ketika Dato' Shabery Cheek memegang jawatan menteri penerangan beliau pernah menjanjikan satu saluran sukan untuk Malaysia di bawah program pendigitalan RTM (RTM Arena), tetapi setelah beliau ditukarkan untuk menerajui kementerian lain, saluran itu menjadi tanda tanya dan impian beliau untuk merealisasikannya agak kabur disebabkan RTM bukan lagi di bawah kementeriannya.

    Jadi dengan melalui Astro sahaja saluran ini menjadi kenyataan melalui beberapa perbincangan antara pihak Astro dan MOM. Pada 26 Mac 2010 buat pertama kalinya saluran sukan pertama Malaysia dilancarkan.

    Comments
    0 Comments

    0 comments:

    Post a Comment

     

    Meet The Author

    Insyallah.. kami cuba kumpulkan segala mala berkaitan TV Online dan Radio Online Yang ada di alam cyber ini.

    Experience

    About Me

    Statistik Lubuk TV